Tuesday 16 April 2013

Swaziland Part 3 : Hiking Sheba's Breast Mountain

 Sambungan dari Part 2.2 : Kingdom of Swaziland.. Back to Natural


Hiking Sheba's Breast Mountain

9 February 2013 - Sabtu.. Walau pun penat jungle trekking pagi tadi masih belum lega.. kami tetap teruskan cabaran di waktu petang - Sheba's Breast Mountain Hiking.. track sejauh 1.8 km untuk sampai ke puncak tertinggi.. maklum lah kami hanya ada 4 hari 3 malam sahaja di Swaziland ni.. so kene lah buat sebanyak mungkin aktiviti kat negara ni..

Yang best hiking kat negara ni ialah anda akan berasa penat lain macam.. sebab nya ialah.. seluruh kawasan di negara Swaziland ni adalah kawasan tanah tinggi.. kawasan paling rendah ialah 1400 meter above sea level.. so even anda hiking bukit yang kurang 800 meter.. anda tetap akan merasa kesukaran yang sama seperti hiking di gunung yang lebih 800 meter tinggi nya..


200 meter je nak sampai ke Hiking Trail with Wan Thaqif
Walk to reception on the left and pay first please.
Antara yang perlu di patuhi..  nasib baik kami bertiga.. :D
Setelah rehat, mandi, solat jama' dan makan lunch Mee Maggi sebungkus.. kami menuruskan perjalanan 2 km dari cam site kami ke pintu masuk Sheba's Breast Mountain dengan berjalan kaki.. malas naik teksi (mahal tu tak jugak) hehee.. Alhamdulillah aku membuat keputusan yang agak bijak memilih untuk tinggal di Legend Backpackers Lodge di Ezulwini.. sebab ia terletak di tengah2 antara entrance Mantenga Natural Reserve ( pagi tadi jungle trekking ) dan entrance Sheba's Breast Mountain..

Kawasan hutan dan berbatu di bahagian bawah bukit..
"fuh lega" kata Thaqif selepas berjaya panjat dari bawah... :P
With Wan Thaqif.. rehat seketika.. half way to go :D
Background  adalah puncak tertinggi Sheba's Breast Mountain..
Pemandangan ketika hampir sampi di puncak bukit Sheba's Breast Mountain.
Entrance Charge sebanyak E20 seorang.. lebih kurang RM 7.00.. okay la kan.. not bad.. Baru start je hiking perghh.. dah susah.. kene lalu laluan sempit di celah2 batu.. kawasan berbatu yang licin.. paling best jalan track yang kecik di tepi batu.. tak boleh jalan macam biasa kene jalan ketepi dengan meraba2 batu.. kalau terjatuh 10 meter kebawah mesti pecah kepala woww.. :P

Pemandangan dari Sheba's Breast Mountain


Memulakan hiking agak lewat di petang hari.. mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke puncak sebab banyak berhenti rehat dan snap picture.. lagi2 Wan Thaqif ni first time join trip aku.. badan je kurus tapi stamina agak kurang.. but sampai jugak dia di puncak .. kira hebat la.. :D


Basuh muka dengan anak sungai ni..
Rehat seketika.. Thaqif dah penat.. :P
Laluan tebing yang curam..
Layan view..
Laluan trek..
Celahan batu yang sempit...
Kalau jatuh batu ni.. confirm jadi lempeng.. 
Aku dengan Thaqif tunggu anas 
yang masih tak kuar dari hutan bukit hahahaa... 

Di sebabkan kami banyak berhenti amik gambar.. dan sampai puncak duduk makan roti ngan crisp layan pemandangan.. so total semua turun naik lebih 3 jam gak.. dan time nak turun agak slow.. banyak curam yang merbahaya.. but alhamdulillah kami semua selamat.. :D

Ini adalah salah satu tempat tarikan di Swaziland.. sebab trail dia memang mencabar untuk hikers.. dan dari puncak bukit ni boleh lihat dengan jelas Bandar Mbabane dan Manzini.. Negara ni kecil dan tak ada apa sangat yang menarik.. just bagi mereka yang suka natural dan outdoor activity boleh la mai.. sebab landscape negara ni memang lawa.. Continue Part 4

4 comments:

  1. alooo looo sian tengok thaqif...1st time dia hiking ker
    nampak macam tak dijaga sangat kawasan hiking ni atau mmg macam tu dari asalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. first thanks sgt2 sebab baca entry lama2 ni.. dan yg first comment hehee..

      entry lama mcm ni penulisan tak bape pandai lagi.. so sgl kekurangan di mohon maaf.. :D

      Aah.. thaqif tu first time ikut sy.. yg si anas tu dah biasa ikut saya especiall travel.. :D

      Kawasan hiking tu mmg mcm tu kot.. atau sebab tak ramai orang yang hiking.. setiap hari ada la.. 15 orang jer..

      Delete
  2. xblh ckp byk da..say wow jeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la dah semua di komen nyer.. tapi yg terbaru tak comment pulak .. pelik hahahaa.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...