Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 5 : Ziarah Sekitar Kota Mekah - Miqat Di Masjid Ja'ranah
Selama beberapa hari di kota Mekah terdapat waktu-waktu yang tiada aktiviti dari pihak travel agent adakala sepanjang hari tiada sebarang aktiviti maka kita boleh guna waktu itu untuk explore sendiri kawasan sekitar Masjidil Haram sehinggalah ke sekitar kawasan hotel. Kerana banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti tempat shopping, tempat makan yang menarik dan boleh ke tempat berkenaan sejarah islam.
|
Umrah pertama kali pada tahun 2018, pintu masuk utama King Abdul Aziz sebelah kanan tu langsung tak boleh masuk disebabkan masih lagi dalam pembinaan. |
Di hari kedua selepas solat subuh aku bersama abang ipar berjalan pulang ke hotel dan secara bersahaja aku telah menegur seorang lelaki Pakistan semasa menuruni tangga. Beliau yang menetap di Dubai telah memandu ke Mekah bagi menunaikan Umrah bersama 5 orang lagi sahabat beliau. Disebabkan juga aku menegur beliau dalam bahasa urdu. Maka terus dia ajak aku sarapan selepas tahu aku belum bersarapan lagi.
|
Besar area Pigeon Square dari tempat berdiri ini sehinggalah ke bangunan putih belakang tu. |
|
Ada beribu-ribu Merpati di sini tapi keadaan bersih sebab ada petugas pembersih 24 jam. |
Aku pun inform abang ipar (Abg Yan) bagitau diorang nak belanja kita breakfast. Terus Abg Yan kata "Ish engkau ni biar betul, boleh caya ker?" Aku kata rileks jer la Mekah ni semua orang baik-baik hahaha.. Orang nak belanja makan kita on jer lah. Kami pun ikut dari jalan besar sehingga la ke lorong-lorong kecil di celahan bangunan. Sehinggalah tiba di sebuah restoran Pakistani.
Pemuda Pakistan tu tanya aku nak makan apa. Aku jawap "Jo bhi ap khayenggei, mei kahungga, Us mei koyi haraj nehei" Apa yang korang makan aku makan, jangan risau. Macam mana korang nak baca bunyi bahasa urdu tu korang bacalah hahaha.. Sebab aku menulis urdu dengan menggunakan alphabet urdu bukan ABC yer :P
|
Alhamdulillah jumpa orang-orang Pakistani yang baik belanja breakfast :D |
|
Alhamdulillah kenyang. Memang kalau tak tahu berbahasa Urdu susah nak makan kat sini. Sebab cashier dia memang hanya boleh berbahasa Urdu. Memang padu makanan kat sini. |
Kesilapan utama makan dengan orang pakistani adalah diorang makan memamg banyak dan adat makan dengan mereka kena duduk sampai last person habis makan. Bayangkan Roti Nan di Malaysia saiz di sini dua kali ganda besar tapi nipis sediki dan sedap. Kami bertujuh makan sampai 13 keping. Abg Yan sampai dah tak keluar suara sebab kekenyangan. Mereka order Ayam Kari, Ayam Dhal, Ayam Yogurt, Kari Kentang Kering dan Kari Kambing.
Okay area tempat makan ni mostly semua jemaah dari Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka dan Afghanistan selain nama-nama ni memang tak ada kaum lain. Kalau hotel kami di Ibrahim Al Khalil Road maka kedai makan ni berada 2 -3 blok bangunan di belakang. Dan harga barangan sekitar sini juga jauh lebih murah dari area shopping di Al Safwa Tower.
|
Kena faham betul-betul keadaan Geography persekitaran Masjidil Haram Insyallah tak sesat. |
|
Jabal Omar Jumeirah Complex ni besar dan panjang sehinggakan Hilton Hotel pun is part of it. Terletak di Ibrahim Al-Khalil Road |
Ada few shopping mall berhampiran dengan Masjidil Haram sesuai untuk cari makanan dan barang pakaian yang aku rasa antara destinasi wajib untuk dikunjungi. Pertama Jabal Omar Mall berada bersebelahan dengan Hilton Hotel berada di arah kiri Makkah Clock Tower. Di sini terletaknya Restoran Al-Baik sebuah jenama fast food made in Arab Saudi yang sedap. Harap sangat buka branch di Malaysia.
|
Mutawwif first umrah Ust Amar bagitau kalau tak makan di sini tak lengkap perjalanan di Mekah. |
Dan kedua Al Safwa Tower Mall yang berada di dalam Makkah Clock Tower itu sendiri. Di sini ada ramai orang Malaysia bershopping dan makan di food court sebab ada restoran orang Malaysia di sini. Di bahagian sayap kiri Makkah Clock Tower juga ada sebuah lagi mall. Dan bersebelah Makkah Clock Tower ada bangunan Makkah Tower di situ terletaknya Pasaraya Carrefour dan Masjid Abu Bakr Siddiq.
|
Pandangan di tengah-tengah Makkah Tower ada escalator dari bawah naik ke atas sehingga ke Masjid Abu Bakr Siddiq yang terletak satu level di atas level food court. |
|
Ada berpuluh restoran dari pelbagai jenis makanan especially dari timur tengah. |
Namun makanan Melayu di Mekah terutama di Food Court Makkah Clock Tower tu bagi aku tak perlu la makan sebab harganya mengalahkan T20. Dan rasa pun biasa-biasa jer kot hahaha.. Tak tau la kalau lidah korang yang rasa macam mana. Even kalau sedap sekali pun tapi harga dia fuhh kus semangat hahahaha.. Bakso Mee Bebola Daging 3-4 ketul RM20.00 semangkuk di Madinah.
|
Kita layan makanan arab jer sebab di tanah arab hihii. |
|
Pening nak habiskan, order nasi arab tapi roti pun dapat sekali. okla makan 4 orang. Tengok orang arab kat meja depan bentang plastik tabur makanan. Kita pun follow la :D |
|
Pemandangan Pullman ZamZam Makkah Tower dari Ibrahim Khalil Road. |
Kalau nak beli barangan keperluan make sure beli di Carrefour ini sebab harga di kedai runcit yang bersepah di sekitar Mekah ini boleh tahan mahal termasuk ubat-ubatan pun boleh beli di sini. Okay sedikit info lagi kenapa mall tadi dipanggil Jabal Omar kerana di situlah terletaknya Rumah Umar Al Khattab ra. Dan di Makkah Tower ada sebuah Masjid Abu Bakr Siddiq kerana di situlah lokasi Rumah Abu Bakar ra. By the way jangan tersilap Makkah Tower dengan Makkah Clock Tower.
|
Inilah pemandangan Makkah Tower daripada bahagian depan. |
|
Jalan Hijrah terletak di antara Makkah Clock Tower (kiri) dan Makkah Tower (kanan). |
Makkah Tower ni ada dua sayap bangunan di sebelah kiri dikenali sebagai Pullman ZamZam Hotel dan di sebelah kanan dikenali sebagai Bin Dawood Makkah Tower Shopping Mall yang ada Pasaraya Carrefour tu. Dan di semua bangunan bersambung dengan Masjidil Haram ada menyediakan ruang solat yang berimamkan imam di dalam masjidil haram. Maka kalau solat di ruang-ruang tersebut maka di kira bersolat di dalam masjdil haram juga, termasuklah Masjid Abu Bakr Siddiq.
|
Ruang solat di Masjid Abu Bakr Siddiq di Makkah Tower. |
Dan di antara bangunan Makkah Clock Tower dan Makkah Tower ada satu jalan di tengah-tengah. Di jalan itulah bermulanya sejarah hijrah Nabi Muhamad saw bersama Abu Bakar Siddiq ra ke Kota Madinah Munawwarah. Dan sekarang jalan itu dinamakan Jalan Hijrah nama dalam Arabic aku dah lupa huhuu..
|
Menunggu Azan Maghrib berkumandang walau ada lagi 20 minit nak masuk waktu orang dah mula memenuhi setiap ruang di roof top ini. Lantai masjid ketika ini agak panas. |
|
Walau masih terasa bahang panas tapi rasa lega selepas menunaikan solat magrib. |
|
Keadaan ketika solat magrib di roof top. Still terasa bahang panas sekali jer try solat roof top ni. |
Okay one last thing aku nak share ialah berkenaan solat fardu 5 waktu sehari di dalam Masjidil Haram. Untuk yang tidak memakai ihram bagi lelaki anda tidak dibenarkan masuk dibahagian tingkat satu iaitu kawasan di mana terletaknya Ka'bah. Hanya dibenarkan bersolat di tingkat 2 dan ketika 30 minit sebelum azan jemaah yang hadir hanya akan dibenarkan solat di rooftop sahaja.